Tuesday, March 12, 2013

Kenduri Kahwin di Dewan atau Rumah


 

Masih pening fikir nak buat dekat mana,nak, ambil catering atau  masak gotong royong. Yelah kita ni anak kena ikut cakap mak & ayah. Syukur la if ada parents yang sponsor untuk kenduri kawin, so korang tak payah banyak songeh sangat ikut je.Yg  yaya ni starting dari kakak 1st until second ni SDN BHD,so kene fikir semasak mungkin sebab kene ikat perut carik duit nak kawen. Yang  paling penting tak nak la mak stress dan masuk wad.Siapa lah tak sedih if tengok mak sendiri macam tu.Mak je lah ada sebagai ketua keluarga.Kena juga fikir keadaan mak yaya yang tak berapa sihat dan kakak2 ku yang mugkin dalam tempoh pantang.Sebab tu fikir nak buat kat dewan & amik catering.Ikutkan hal duit pulak nak buat kat rumah dan gotong  royong. Kalau boleh nak buat ringkas dan  tak membazir.Jemputan pun tak nak la ramai sangat biar la berpatutan dengan duit yang ada.After kawin nak pakai duit lagi kan.so Dewan atau Rumah ?


Dewan

1.      Persekitaran didalam dewan lebih selesa ,luas dan tersusun

2.      Tetamu tidak perlu berasak-asak untuk masuk bertemu pengantin, parents pengantin dan
makan.

3.      Ada stage ,jadi pelamin nampak sangat cantik.

4.      Pengantin tidak rasa terlalu panas sebab dalam dewan ada kipas /aircon.

5.      Wajib ada catering

6.      Kes kecurian dirumah dapat dielakkan

7.      Tidak payah mengemas rumah

8.      Tidak perlu menghias bilik tido sebab orang tak tengok pun…kan buat dekat dewan

9.      Sewa dewan kene bayar,selalunya beribu dan ada puluhan ribu

10.  Orang nak parking kereta pun mudah sahaja sebab biasanya dewan sediakan parking.

11.  If ramai tak dating dewan akan nampak kosong

12.  Jadi untuk yang nak buat di dewan sila siapkan RM.


Rumah

1.      Parking……Kalau buat di rumah, semua orang pun akan penuhkan kiri kanan jalan, Ada ruang  sedikit semua penuh dengan kereta bersidaian. Kan ke susah. Lepas itu kalau buat di rumah mesti akan jadi trafik jem. Terpaksa panggil RELA untuk tolong jaga trafik(umah yaya xperlu lah rela bagai park je kat padang tu luas)

2.      Lauk jamuan boleh dibuat secara gotong royong,so jimat sikat.Boleh juga untuk memilih catering

3.      Penat sikit nak kemas mengemas

4.      Lebih santai,sedara mara senang nak berkumpul sebab rumah degan khemah dekat je,yg ada 
anak kecik tu mudah bagi mereka.

5.      Kawan2 pun boleh berkumpul lama2 sebab buat kat rumah tidak ada had waktu


Kenduri kawin ni mengeratkan kasih sayang antara family,macam yaya dengan mak,akak2 dan adik2 xlupa juga En Tunang. Ada masalah sama2 bincang dan juga bertukar pendapat.Akak2 banyak bagi pendapat dan bantuan dalam doorgift,En Tunang banyak tolong segi kewangan.Alhamdulilah syukur pada Allah yang meminjamkan mereka dalam kehidupan yaya.Love u all

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.